My Guide to Lifestyle
SEE OTHER BRANDS

Your culture, society and lifestyle news reporter

Axi akan menghadiri Forex Expo Dubai 2025

Broker akan mempamerkan program peruntukan modal mereka, Axi Select, peluang kerjasama IB & Affiliate dan banyak lagi 

SYDNEY, Sept. 11, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Broker FX dan CFD terkemuka, Axi, telah mengumumkan penyertaan mereka dalam Forex Expo Dubai yang akan berlangsung pada 6 hingga 7 Oktober 2025 di Dubai World Trade Center.

Para peserta berpeluang menerokai perdagangan melalui platform dagangan Axi, mempelajari cara mengembangkan perniagaan IB dan Affiliate mereka dengan tawaran eksklusif yang hanya tersedia semasa acara, serta memahami bagaimana mereka boleh menjadi pedagang dibiayai melalui program peruntukan modal utama Axi, iaitu Axi Select – dengan akses pembiayaan modal sehingga USD 1 juta – dan pelbagai peluang menarik lain. “Kami menjemput semua pedagang untuk mengunjungi pasukan kami di Reruai #3 serta membuka potensi masa depan dagangan bersama Axi,” kata Louis Cooper, Ketua Pegawai Komersial Axi. Beliau menambah, “Dengan komitmen untuk memberikan kelebihan kepada pedagang dan rakan niaga kami dalam mempercepatkan potensi mereka, kami bawakan peluang menarik ke ekspo tahun ini — sesuatu yang anda pasti tidak sanggup ketinggalan.”

Peminat bola sepak juga boleh mengunjungi reruai Axi dan melihat lebih dekat kerjasama jangka panjang broker tersebut dengan Manchester City, juara Liga Perdana Inggeris sebanyak lapan kali. Barangan eksklusif Manchester City serta maskot rasmi kelab akan turut berada di lokasi untuk sesi bergambar, manakala pengunjung acara berpeluang memenangi hadiah menarik daripada broker.

Axi telah mengambil bahagian dalam Forex Expo Dubai 2024 dan telah menerima pengiktirafan sebagai ‘Inovator Terbaik Tahun Ini’*. Selain pengiktirafan tersebut, broker ini turut menerima beberapa anugerah industri, termasuk ‘Broker Paling Boleh Dipercayai’; ‘Broker Terbaik Tahun Ini’ dan ‘Firma Dagangan Proprietari Paling Inovatif’ daripada Finance Feeds serta ‘Broker Terbaik MENA’ daripada Global Forex Awards.

Perihal Axi

Axi merupakan sebuah syarikat dagangan FX dan CFD dalam talian global, dengan ribuan pelanggan di lebih daripada 100 negara di seluruh dunia. Axi menawarkan CFD untuk beberapa kelas aset termasuk Forex, Saham, Emas, Minyak, Kopi dan banyak lagi.

Di Axi, kami berbangga dengan reputasi kami sebagai broker yang jujur dan adil, memberi pelanggan kami perkhidmatan dan keadaan perdagangan yang cemerlang sejak tahun 2007. Kami juga bekerjasama dengan pihak berkuasa pengawalseliaan terkemuka di seluruh dunia untuk memastikan kami melangkaui piawaian tertinggi dalam industri.

Untuk maklumat lanjut atau komen tambahan daripada Axi, sila hubungi: Media.Enquiries@axi.com

Dipromosikan oleh AxiTrader Ltd. Derivatif OTC membawa risiko kerugian pelaburan yang tinggi. Kandungan ini mungkin tidak tersedia di rantau anda. Tidak bertujuan untuk dijadikan nasihat pelaburan.

Program Axi Select hanya tersedia untuk pelanggan AxiTrader Limited. CFD membawa risiko kerugian pelaburan yang tinggi. Dalam urusan kami bersama anda, kami akan bertindak sebagai rakan niaga utama kepada semua posisi anda. Kandungan ini mungkin tidak tersedia di rantau anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Terma Perkhidmatan kami. Yuran perdagangan standard dan deposit minimum dikenakan.

*Diberikan kepada Axi Group of Companies.


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions